Thursday, July 26, 2018

The Stone Garden, Tambunan

Rasanya masih ramai yang belum mengenali tempat ni ~ The Stone Garden di Jr & Les Riverside Cottage, Tambunan, Sabah.

The Stone Garden

Berminat? Cara ke sini sangat mudah. Jadikan bulatan Sompoton di pekan Tambunan sebagai penanda arah. Jika anda dari arah Keningau, apabila sampai di bulatan Sompoton, masuk simpang kanan. Dari arah Ranau pula, masuk kiri.

Bulatan Sompoton

Selepas masuk simpang tu, gerak terus dalam 100 meter anda akan jumpa jambatan. Sebelum jambatan ada simpang di sebelah kiri dan kanan jalan. Simpang sebelah kanan ada penanda arah "Jalan Tabilung Baru", masuk simpang tersebut.

Simpang masuk Tabilung Baru

Jalan terus dalam 300 meter anda akan sampai di Jr & Les Riverside Cottage. Sangat mudah kan?

Jr & Les Riverside Cottage

Jadi apa lagi? Parkinglah kereta di ruang parking yang disediakan di luar Cottage ni. Mau bayar kah kalau masuk? Ok, di cottage ni selain stone garden, ada kolam mandi saiz sederhana dengan kedalaman lebih kurang 2 hingga 6 kaki dalam. Nak ke kolam mandi kena bayar; dewasa RM5.00 / kanak-kanak RM3.00 sejam. Kalau setakat duduk lepak bergambar di kawasan stone garden tu rasanya percuma.

Masuk disini - kaunter ada di dalam

Kolam mandi tu terletak di dalam kawasan berpagar manakala stone garden pula di luar kawasan terbuka. Kalau nak mandi di kolam mandi, anda kena daftar masuk & bayar di kaunter.

Ruang kaunter

Jom ke kolam mandi...

Kolam mandi

Kolam mandi

Kolam mandi

Kolam mandi


Kolam mandi

Kolam mandi

Ok tak? Kasi ok saja bah walaupun nampak macam biasa-biasa saja. Selain tu, disini ada;

Cottage
Dua buah kolam ikan
Sawah padi
Kawasan Stone Garden
Sungai Pegalan
Tapak Perkhemahan
Sudut Selfie & Wefie
Pondok
Boleh order makan & minum
Set Karaoke

Layan gambar di lokasi...

Kolam ikan

Kolam ikan

The Stone Garden

The Stone Garden

The Stone Garden

The Stone Garden

Batu-batu tu bukan secara semulajadi tersusun begitu tapi ianya disusun secara kreatif oleh tangan -  tangan manusia.

The Stone Garden

Sungai Pegalan

Sungai Pegalan

Sungai Pegalan

Ada pondok tempat bersantai

Bagaimana pendapat anda?

Bagi saya secara peribadi, tempat ni berbaloi untuk dikunjungi. Walau bagaimanapun masih ada ruang penambahbaikan/ naik taraf perlu dilakukan; seperti pondok di tepi kolam mandi yang mula nak usang. Selain tu, lakukan sesuatu untuk halang daun-daun rumput dan sisa ranting kayu daripada memasuki kolam mandi. Yang lain tu ok, lagipun inilah satu-satunya kawasan rekreasi/ riadah seumpamanya yang ada di daerah Tambunan.

Welcome to Jr & Les Riverside Cottage

Bah...kalau sudah sampai di Tambunan tu, singgah-singgah la disini walaupun hanya sekadar untuk berselfie.

~TAMAT~

Saturday, July 14, 2018

Episod 11: Dari Jeju terus ke Gyeongbokgung Palace, Seoul

31 Mei 2018 - 6.00 pagi - Check out dari Jeju R Hotel & Guesthouse.

Kami menaiki teksi ke Jeju International Airport untuk menaiki penerbangan Jeju Air ke Seoul.

7.40 pagi - Terbang meninggalkan Jeju.

Terbang meninggalkan Jeju

Pou - sambung tidur dalam flight

Berada di atas Bandaraya Seoul

Mendarat di Gimpo International Airport

Penerbangan mengambil masa 1 jam 10 minit sahaja. Sekitar jam 9.00 pagi kami tiba di Gimpo International Airport.

Dari Gimpo Station, kami menaiki train terus ke Gwanghwamun Station. Station ni terletak betul-betul berhadapan dengan gerbang Gyeongbokgung Palace, destinasi pertama kami pada hari ini.

10.50AM - tiba di Gwanghwamun Station. Tiga hari lepas kami berada disini (Episod 07 dan Episod 08). Dari Gwanghwamun station ke gerbang Gyeongbokgung Palace jaraknya lebih kurang 500 meter. Kami berjalan kaki sahaja.

Sebelum tiba di hadapan gerbang Gyeongbokgung Palace, sedang berlangsung rapat umum oleh sekumpulan orang. Tidak pasti apa yang mereka perjuangkan atau tuntut. Rapat umum dilakukan secara aman dan dikawal oleh pasukan keselamatan.

Rapat umum

Tidak pasti apa yang diperjuangkan

Di seberang jalan raya ialah Gyeongbokgung Palace.

Gerbang Gyeongbokgung Palace

Istana Gyeongbok (Gyeongbokgung) bermaksud “yang diberkati syurga” merupakan istana utama dinasti Joseon di Seoul. Dibina pada tahun 1395, tiga tahun selepas Dinasti Joseon diasaskan oleh Yi Seong Gye (Raja Taejo) setelah menggulingkan kerajaan Goryeo. Kompleks istana Gyeongbok dibina di lokasi yang strategik berlatarbelakangkan gunung Bugaksan dan menghadap gunung Namsan. Sehingga kini, istana Gyeongkbok masih gah berdiri di tengah bandaraya Seoul dan menjadi inspirasi kegemilangan masa silam rakyat Korea Selatan. Kini, Korea Selatan adalah sebuah negara republik.

Ada pertukaran pengawal istana (demo sahaja)

Info tambahan; Built in 1395, Gyeongbokgung Palace is also commonly referred to as the Northern Palace because its location is furthest north when compared to the neighboring palaces of Changdeokgung (Eastern Palace) and Gyeonghuigung (Western Palace) Palace. Gyeongbokgung Palace is arguably the most beautiful, and remains the largest of all five palaces. 

The premises were once destroyed by fire during the Imjin War (Japanese Invasions, 1592-1598). However, all of the palace buildings were later restored under the leadership of Heungseondaewongun during the reign of King Gojong (1852-1919). 

Remarkably, the most representative edifices of the Joseon Dynasty, Gyeonghoeru Pavilion and Hyangwonjeong Pond have remained relatively intact. Woldae and the sculptures of Geunjeongjeon (The Royal Audience Chamber) represent past sculptures of contemporary art. 

The National Palace Museum of Korea is located south of Heungnyemun Gate, and the National Folk Museum is located on the eastern side within Hyangwonjeong. Sumber: Imagine Your Korea.

Changdeokgung Palace

Gyeongbokgung Palace ini besar dan luas. Pemandangannya juga lebih lawa berbanding Changdeokgung Palace. Seperti di Changdeokung Palace, ada saja pelancong yang berpakaian hanbok. Tidak semua tempat dalam kawasan istana ni kami lawati. Kami meluangkan masa selama lebih kurang 1 jam 30 minit disini.

Jom layan gambar...

Changdeokgung Palace

Changdeokgung Palace

Changdeokgung Palace




Changdeokgung Palace

Changdeokgung Palace

Changdeokgung Palace

Changdeokgung Palace

Changdeokgung Palace

Changdeokgung Palace

Changdeokgung Palace

Changdeokgung Palace

Changdeokgung Palace

Changdeokgung Palace

Changdeokgung Palace




Changdeokgung Palace

Changdeokgung Palace

Changdeokgung Palace

Changdeokgung Palace

Changdeokgung Palace

Changdeokgung Palace

Bagaimana menurut pandangan anda?

Apapun terdapat banyak sebab untuk melawat istana gyeongbok; mempelajari sejarah Korea, mengambil gambar sebagai kenangan, membaca sambil menikmati secawan kopi panas di hadapan kolam diraja dan menghayati suasana romantik bersama yang tersayang. Apa pun sebabnya, pasti kepuasan akan wujud apabila anda melangkah masuk ke istana yang hebat ini. Oleh itu, wajib Gyeongbokgung Palace berada dalam itinerary anda jika melancong ke Seoul.

Bersama pengawal istana

Pastikan anda rancang perjalanan anda di Seoul. Maklumat di bawah penting untuk anda ketahui jika ingin berkunjung ke Gyeongbokgung Palace.

Closed 
Tuesdays

Operating Hours 
November-February 09:00-17:00
March-May 09:00-18:00
June-August 09:00-18:30
September-October 09:00-18:00
* Last admission: 1 hr before closing
* Operating hours are subject to change depending on conditions or circumstances.

Admission Fees 
Adults (ages 19-64): 3,000 won / Groups (10 people or more): 2,400 won
Children (ages 7-18): 1,500 won / Groups (10 people or more): 1,200 won
* Free admission: Preschoolers (age 6 and younger), seniors (ages 65 and older), people wearing hanbok, the last Wednesday of every month (Culture day).

Meninggalkan Gyeongbokgung Palace

12.35 tengah hari - kami meninggalkan Gyeongbokgung Palace untuk check in penginapan di K-Guesthouse Insadong 2 Myeongdong. Penginapan yang sama ketika kami pertama kali bermalam di sini pada 28 Mei 2018.

Perjalanan kami

Kami berjalan kaki sahaja dari Gyeongbokgung Palace (A) ke B dan seterusnya ke K-Guesthouse Insadong 2 (C). Jarak perjalanan lebih kurang 1.5km. Tak la jauh sangat. Berjalan santai saja sambil melihat bangunan dan pelbagai ragam manusia.

Sekitar Seoul

Sekitar Seoul

Sekitar Seoul

Sekitar Seoul

Sekitar Seoul




Sekitar Seoul

Sekitar Seoul

Sekitar Seoul

Sekitar Seoul

Sekitar Seoul

Sekitar 1.40pm kami tiba di K-Guesthouse Insadong 2 tapi belum boleh mendaftar masuk. Daftar masuk hanya boleh dibuat bermula jam 3.00pm. Jadi, makan la dulu...

Sedap @ 7000 won

Selesai makan kami melepak sekitar 20 minit di Cheonggyecheon Stream.

Cheonggyecheon Stream

3.15PM - Daftar masuk penginapan dan rehat sebentar. Seperti yang telah dirancang lebih awal dalam itinerary, kemuncak destinasi terakhir kami di Seoul ialah Namsan Tower. Plannya, kami akan keluar menuju Namsan Tower sekitar 5.00 petang dan menikmati pemandangan Seoul pada waktu malam dari Namsan Tower yang terletak di puncak bukit Namsan.

Tapi apa yang berlaku? Kami terperap terus dalam bilik sehingga esok pagi. Namsan Tower hanya tinggal kenangan.

Esok pagi ialah penerbangan kami kembali ke tanah air...

Bersambung ke episod akhir..