Thursday, June 22, 2017

Bahagian 1: Mendaki gunung tertinggi di Asia Tenggara - Gunung Kinabalu?

Benarkah Gunung Kinabalu adalah gunung yang tertinggi di Asia Tenggara?

Beberapa tahun yang lalu, ramai yang mempertikaikan tentang kedudukan gunung Kinabalu sebagai gunung yang tertinggi di Asia Tenggara.

Beberapa forumer dari negara jiran Indonesia percaya dan mengatakan bahawa gunung yang tertinggi di Asia Tenggara ialah Puncak Jaya yang terletak di Irian Jaya dengan ketinggian 4884 meter dari aras laut, diikuti dengan Puncak Trikora (4730 meter) dan Puncak Mandala (4700 meter).

Seperti yang kita sedia tahu, Gunung Kinabalu hanya berketinggian 4095 meter. Jadi, bagaimanakah Gunung Kinabalu boleh dikatakan sebagai gunung yang tertinggi di Asia Tenggara?

Terdapat beberapa hujah yang digunakan untuk menyokong dan menyangkal fakta bahawa Gunung Kinabalu adalah gunung yang tertinggi di Asia Tenggara.

Saya tertarik dengan hujah dibawah yang saya ambil dari sini.

Memang betul Gunung Kinabalu merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara dan Puncak Jaya lebih tinggi daripada Gunung Kinabalu. Pelik bukan?

Sebenarnya, Gunung Kinabalu sememangnya gunung yang tertinggi dia Asia Tenggara sejak dahulu lagi. Ini kerana Gunung Kinabalu terbentuk dan terletak di dalam kawasan geografi Asia Tenggara. Diulang sekali lagi, terletak di dalam kawasan geografi Asia Tenggara.

Dalam geografi, bumi terbahagi kepada beberapa kawasan seperti Asia Tenggara, Asia Selatan, Asia Barat, Asia Timur, Afrika, Eropah Barat, Eropah Timur, Amerika Utara, Amerika Selatan, dan banyak lagi.

Puncak Jaya di Irian Jaya, Indonesia bukan terletak di dalam kawasan geografi Asia Tenggara tetapi terletak didalam kawasan geografi Oceania. Oleh itu, Puncak Jaya merupakan gunung tertinggi di Oceania.

Memang dari segi sempadan politik, Indonesia termasuk sebagai ahli dalam negara-negara Asia Tenggara ASEAN. Namun, untuk mengatakan bahawa Puncak Jaya sebagai gunung tertinggi di Asia Tenggara (jika diambil kira dalam sempadan politik) juga adalah salah.

Hal ini kerana, gunung yang tertinggi di Asia Tenggara (jika diambil kira dalam sempadan politik) adalah gunung Hkakabo Razi (5881 meter) yang terletak di Myanmar. Namun dari segi sempadan geografi, gunung ini terletak di banjaran Himalaya di benua India atau lebih tepat lagi Asia Selatan.

Gunung Kinabalu tertinggi di SEA

Gunung Hkakabo Razi tertinggi di ASEAN

Oleh itu, terpulang kepada kita bagaimana kita mentakrif "Asia Tenggara" sama ada ianya South East Asia, SEA (sempadan geografi) atau Association of Southeast Asian Nations ASEAN (sempadan politik).

Kesimpulannya, fakta bahawa Gunung Kinabalu merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara adalah benar dan bukan satu pembohongan fakta.~~

Laman rasmi Taman-Taman Sabah pula hanya mengatakan..."the highest mountain between the Himalayas and New Guinea."

Apapun hujah dan faktanya...apa yang saya nak beritahu disini, saya dan rombongan (wife juga ada dalam rombongan) telah pun berjaya menawan puncak gunung Kinabalu pada 9 Jun 2017. Bagi yang belum pernah mendaki gunung Kinabalu dan merancang untuk mendaki...saya kongsikan pengalaman saya mendaki gunung Kinabalu. Kepada yang sudah pernah mendaki gunung Kinabalu tu..baca saja la.

Sedikit Info Penting Sebelum Mendaki Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu diiktiraf sebagai salah satu World Heritage Site oleh UNESCO. Untuk mendaki kenalah menempah slot lebih awal...seawal 6 bulan sebelum tarikh mendaki kerana ada kuota pendakian setiap hari yang dibenarkan secara berpakej. Semua pengurusan bermula dari pendaftaran masuk, pengangkutan, penginapan dan makan minum diuruskan secara pakej. Rajin-rajinlah mencari agensi yang menyediakan pakej yang sesuai dengan bajet.


Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah kelengkapan yang perlu dibawa semasa mendaki? Jawapannya, cukuplah sekadar beberapa helaian pakaian, jacket, windbreaker, ponco (baju hujan), sarung tangan, headlamp, kasut, botol air, sedikit makanan ringan dan yang paling penting camera.

Penginapan dan makan minum semuanya telahpun termasuk dalam pakej yang ditempah. Penginapan yang dimaksudkan disini ialah penginapan di Laban Rata Campsite di ketinggian 2972 meter dari aras laut. Apa yang pasti...pemandangan disini sangat memukau!

Route to the Summit

Jadi Apa lagi? Jom!

Kami serombongan berpakat untuk bertemu di Kinabalu Park pada 8 Jun 2017 sekitar 7.30 pagi kerana difahamkan pendakian akan bermula seawal jam 8.00 pagi. Seperti dirancang pada jam 7.30 pagi kami telahpun berada di ruang parking dihadapan Kinabalu Park, Kundasang.

Kinabalu Park World Heritage Site

Ruang parking di luar Kinabalu Park

Bayar dulu sebelum masuk

Pusat pelawat

Semua pendaki dikehendaki mendaftar disini dengan mengisi borang insurans. Tag nama akan diserahkan selepas mengisi borang insurans.

Sebelum memulakan pendakian...Guide (malim gunung) akan memberikan taklimat ringkas tentang pendakian Gunung Kinabalu. Bekas guide Gunung Kinabalu bernama Jingkung (ahli rombongan) diberikan penghormatan khas oleh guide Gunung Kinabalu kami untuk memberikan taklimat ringkas.

Jingkung

Selesai taklimat, sambil menunggu minivan yang akan membawa kami ke Timpohon Gate, kami berborak-borak tentang apa yang akan berlaku sepanjang pendakian nanti. Timpohon Gate adalah checkpoint pertama di kaki gunung sebelum memulakan pendakian. Untuk pengetahuan, pendaki akan disediakan sebotol minuman dan makanan tengah hari (disediakan dalam tapau). So, bungkusan makanan tu akan menambahkan lagi berat beg yang sudah sedia berat kerana biasanya guide akan sarankan kepada semua pendaki untuk mengisi perut di pondok Layang-Layang iaitu 4 km pendakian dari Timpohon Gate.

Bagi mereka yang membawa beg besar dan berat, boleh minta potter untuk angkat beg tersebut sehingga ke Laban Rata dengan upah RM13.00/kg (kalau tidak silap). Upah tersebut untuk dakian ke Laban Rata dan turun semula ke Visitor Center.

Ahli rombongan

Kekuatan ahli rombongan kami sebanyak 10 orang iaitu 5 perempuan dan 5 lelaki termasuk Jingkung dengan ditemani oleh 2 orang guide sepanjang pendakian. Jingkung la yang menguruskan segala macam urusan tempahan kami untuk mendaki gunung Kinabalu. Walau bagaimanapun, Jingkung hanya akan mendaki sehingga ke km 4 sahaja atas sebab baru melalui pembedahan pada buku lali dan belum sembuh sepenuhnya. Jingkung kini aktif sebagai guide di Gunung Wakid, Tambunan. Daripada 9 ahli rombongan, 3 orang telahpun pernah mendaki puncak Kinabalu sebelum ini termasuk saya.

Gunung Kinabalu akan ditawan sebentar lagi

8.20 pagi kami menaiki minivan ke Timpohon Gate.

Minivan untuk ke timpohon gate

Pastikan sebelum menaiki kenderaan yang disediakan ke Timpohon Gate, semua kelengkapan yang diperlukan untuk mendaki telahpun disediakan. Sarung tangan, topi dan lain-lain kelengkapan asas pendakian ada dijual berhampiran visitor center tapi dengan harga yang lebih mahal. Jangan lupa untuk menyewa teman rapat sepanjang pendakian iaitu tongkat (RM10.00/tongkat) untuk memudahkan pendakian.

Perjalanan menuju Timpohon Gate

Tak sampai 10 minit perjalanan menaiki minivan, kami pun sampai di Timpohon Gate. Kami mengambil masa sebentar untuk berkumpul dan berdoa bersama bagi memohon keselamatan dari Tuhan agar pendakian kami lancar dan selamat. Selepas itu, kenalah buat senaman ringkas sebagai pemanasan sebelum mendaki agar otot-otot tidak mengalami kejutan.

Gerbang menuju ke Timpohon Gate

Sekitar 8.45 pagi kami pun memulakan pendakian dari Pondok Timpohon. Sebenarnya selepas sahaja melepasi checkpoint di Pondok Timpohon, kita bukannya terus mendaki tapi menuruni anak tangga sejauh hampir 100 meter. Semua ahli rombongan tidak sabar memulakan pendakian. Jom!

Timpohon Gate...disinilah pendakian bermula

Lebih kurang 200 meter dari Timpohon Gate, para pendaki akan disambut oleh Carlson Fall...air terjun kecil. Walaupun kecil, hampir 90% pendaki yang mendaki gunung Kinabalu untuk pertama kali akan selfie dan wefie disini.

Carson Fall

Carlson Fall sebelum memulakan pendakian

Selesai bergambar ceria di Carlson Fall, kami terus memulakan pendakian. Seorang guide akan berada di hadapan dan seorang lagi guide berada di belakang ahli rombongan. Jumlah guide bergantung kepada jumlah ahli rombongan. Pada awalnya kami mendaki dalam rombongan tapi lama kelamahan kelihatan seperti mendaki secara solo sebab yang kuat stamina akan mendaki dengan pantas dan yang lemah sikit macam saya ni akan berada jauh di belakang.

Sepanjang pendakian kami yang perlahan ni dipintas oleh pendaki-pendaki yang lain. Porter juga ramai yang memintas walaupun mereka membawa beban yang berat...ada yang lebih 50kg. Dalam masa yang sama, pendaki yang mendaki sehari sebelumnya juga sedang bergerak turun ke Timpohon Gate.

Porter dengan simen seberat 50kg

Laluan mendaki di awal 1 km pertama

Pondok Kandis

Jarak perjalanan dan ketinggian dari aras laut

Laluan pendakian selepas KM 1

Porter mengangkat bahan pembinaan ke Laban Rata

View disini sangat menarik

Laluan pendakian yang dibina semula selepas runtuh semasa gempa bumi pada tahun 2015. 

View menarik tapi agak berkabus

Lantai hutan dipenuhi oleh lumut

KM 2

Laluan mendaki KM 2

View sekitar KM 2

Pondok Lowii

Apabila kami menghampiri KM 2.5, tiba-tiba Jingkung muncul dihadapan. Jingkung sedang dalam perjalanan turun ke Timpohon Gate. Maksudnya, Jingkung telahpun sampai di KM 4 (pondok Layang-Layang) dan turun semula menuju Timpohon Gate. Punya laju dia...

Jingkung - sempat minta digambar

Porter lebih laju dari kami...haha!

KM 2.5 dengan ketinggian 2350 meter

Tumbuhan zaman purba spesis pakis

Pelancong asing

KM 3 dengan ketinggian 2455 meter

Beginilah laluan mendaki selepas KM 3

Tangga seperti ini menyebabkan pendaki yang kurang latihan akan terseksa dari segi fizikal, mental, emosi dan batin!

Menyeksakan!

Haiwan liar yang jinak disini

Pondok Mempening

...selepas pondok ini pendaki akan mula mengalami mabuk ketinggian.

KM 3.5 dengan ketinggian 2634 meter

Terdapat beberapa kawasan tanah runtuh tapi kebanyakan pendaki akan abaikan saja notis seperti dibawah apabila dah penat.

Kena bergerak pantas...

Laluan mendatar seperti ini sangat dirindui para pendaki

Agak licin ketika hujan

Selepas penat mendaki sejauh 4km, kami pun sampai di pondok Layang-Layang. Di pondok inilah kebanyakan pendaki akan berehat sebentar untuk mengisi perut. Kami berhenti rehat dan makan makanan yang diangkut dari visitor center. Sekurang-kurangnya beg akan ringan sedikit selepas makan. Jam menunjukkan hampir pukul 1.00 petang.

Pondok Layang-Layang

Bagi mereka (pengunjung Kinabalu Park) yang hanya "suka-suka" atau "test power" mendaki gunung Kinabalu, pondok ini adalah pondok terakhir yang dibenarkan untuk dikunjungi. Selepas pondok ni ada papan amaran yang mengingatkan kepada semua pengunjung (bukan pendaki) tentang had pendakian yang dibenarkan.

KM 4

Km 4 juga merupakan pertemuan laluan mendaki dari Mesilau dengan Timpohon Gate. Walau bagaimanapun laluan mendaki dari Mesilau telah ditutup selepas kejadian gempa bumi pada tahun 2015. Tapi tidak pasti sama ada laluan tersebut ditutup terus atau akan dibuka pada masa akan datang.


Selesai makan dan rehat sebentar (disarankan berhenti makan dan rehat tidak melebihi 15 minit) kami (saya, wife dan kakak ipar ~ ahli rombongan yang lain sudah jauh dihadapan) pun memulakan pendakian menuju ke Laban Rata. Jarak pendakian sejauh 2 km. Laluan pendakian di atas permukaan batu menjadi agak licin kerana hujan dan kami menggunakan ponco agar tidak dibasahi hujan.

Laluan Mesilau - ditutup

Laluan berbatu selepas KM 4

Selepas KM 4 - agak licin apabila hujan

Pondok Villosa

KM 5

Laluan selepas KM 5

Selepas KM 5, terdapat tanda jarak ke Laban Rata setiap 100 meter pendakian bermula dari 900 meter hinggalah ke 100 meter sebelum sampai ke Laban Rata. Mungkin untuk menaikkan semangat pendaki agar meneruskan pendakian. Kerana jarak pendakian yang semakin dekat...saya mengambil beberapa keping gambar untuk dikongsikan. Keadaan agak berkabus.

800 meter sebelum Laban Rata

View sekitar KM 5 - KM 6

View sekitar KM 5 - KM 6

View sekitar KM 5 - KM 6

View sekitar KM 5 - KM 6

View sekitar KM 5 - KM 6

View sekitar KM 5 - KM 6

View sekitar KM 5 - KM 6

Akhirnya....kelihatan tanda jarak 100 meter! Kami sudah pun sampai Laban Rata...Jam menunjukkan hampir pukul 4.00 petang.

Signbord yang ditunggu-tunggu oleh pendaki

Laban Rata

Sangat untung jika dalam pakej yang ditempah, penginapan yang disediakan adalah dekat bangunan warna putih tu (Laban Rata Resthouse).. kenapa??? Sebab ruang makan/cafe berada didalam bangunan tersebut (sekurang-kurangnya tak perlu keluar meredah kesejukan yang melampau untuk ke cafe). Tingkat paling atas tu bilik penginapan pendaki, yang tengah ruang santai/cafe..dan yang paling bawah ialah penginapan guide.

Laban Rata

Bangunan penginapan masih dalam pembinaan

Cafe

Diluar cafe ni ada kaki lima yang sangat cantik viewnya...tapi malangnya pada waktu pendakian kami, kebetulan pintu keluar ke kaki lima baru sahaja dicat dan ditutup buat sementara..rugi juga sebab di kaki lima itulah merupakan salah satu sudut bergambar yang menarik di Laban Rata..

Menanti makan

Diingatkan bahawa masa dinner di cafe Laban Rata bermula dari jam 4.30 petang sehingga jam 7.00 petang. Pendaki yang tiba selepas jam 7.00 petang, dinner buffet (termasuk dalam pakej) telahpun habis. Oleh itu, kenalah tempah makanan dan bayar sendiri dengan harga yang agak mahal. Bayangkan sahaja harga mee goreng disini berharga RM19.00 sepinggan. Rugi membayar sedangkan pakej yang ditempah sudah termasuk bayaran makanan. Nasihat saya, pastikan tiba di Laban Rata sebelum jam 6.00 petang.

Sedap tak?

Makanan sedap dan berbaloi..makan secara buffet jadi boleh second round tapi agak-agak la juga.

Bilik penginapan

Bilik penginapan ada bilik berdua, berempat, berenam, berlapan, bersepuluh...bergantung kepada rombongan.

Selesai makan, melepak di cafe sejam dua sebelum masuk kebilik untuk tidur. Cucilah apa yang patut sebab nak mandi airnya sangat sejuk. Sebelum jam 8.00 pm kebanyakan semua pendaki sudahpun masuk tidur kerana esok kena bangun seawal 1.00 pagi untuk bersiap dan makan (makanan disediakan sebelum mendaki). Semua pendaki akan mendaki ke puncak pada jam 2.30 pagi. Jom tidur...

Bersambung Bahagian 2

No comments:

Post a Comment