Friday, June 23, 2017

Bahagian 2: Mendaki gunung tertinggi di Asia Tenggara - Gunung Kinabalu?

09 Jun 2017 ~ 1.00 pagi : Laban Rata ke Low's peak

Bangun dan bersiap selengkapnya. Turun ke cafe sekitar jam 1.45 pagi. Sarapan awal pagi disediakan bermula jam 2.00 pagi. Makan secukup rasa agar perut tidak meragam sepanjang pendakian ke puncak. Perut harus dijaga sepenuhnya kerana pendakian ke puncak sejauh 2.7 km dari Laban Rata. Tandas hanya tersedia di km 7 @ check point Sayat-Sayat. Guide pesan "...kalau sudah tidak tahan boleh saja mencangkung di sebalik batu ataupun pokok" tapi drama itu sebolehnya dielakkan.

2.45 pagi ~ Berkumpul untuk taklimat ringkas dan pendakian ke puncak pun bermula. Keadaan sekeliling masih terlalu gelap dan suhu sangat sejuk. Ketika inilah headlamp perlu digunakan untuk memudahkan penglihatan. Pendakian 1 km pertama akan melalui anak tangga yang panjang.

Mula pendakian ke puncak dari Laban Rata

Anak tangga

Pelantar

...tiada apa yang boleh dilihat disini ketika hari masih gelap.

Tali sebagai penanda arah jalan

5.15 pagi - Tiba di km 7 pada ketinggian 3,653 meter dari aras laut. Menghampiri check point Sayat-Sayat.

KM 7

5.25 pagi - Tiba di check point Sayat-Sayat. Perlu melapor diri di check point ini sebelum meneruskan pendakian ke puncak. Disini ada tersedia tandas, sebaiknya gunakanlah tandas yang disediakan sebelum meneruskan pendakian. Semua pendaki sepatutnya telahpun melepasi check point ini sebelum jam 5.00 pagi. Selepas Jam 5.00 pagi, penjaga check point boleh menahan pendaki daripada meneruskan pendakian atas dasar keselamatan. Walau bagaimanapun, kami dibenarkan meneruskan pendakian. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang baik.

Check Point Sayat-Sayat

6.00 pagi - Mentari di ufuk timur mula kelihatan.

Sunrise

6.15 pagi - hari semakin cerah.

Rehat sambil menikmati sunrise

Kelihatan landai tapi seksa

6.40 pagi - Tiba di KM 8. Jarak pendakian ke puncak hanya tinggal sejauh 700 meter lagi. Harus kuatkan semangat! Rehat sebentar dan teruskan perjalanan. Bergerak dalam kiraan sepuluh langkah... 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 berhenti 30 saat. Melangkah lagi... 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 berhenti 30 saat. Begitulah strategi ampuh untuk terus sampai ke puncak bagi mereka yang kurang stamina.

KM 8

"Pelan-pelan kamu, puncak gunung tak akan lari dikejar, lagi lambat lagi bagus...duit masuk"...begitulah kata-kata sindiran beberapa orang guide kepada pendaki yang lambat. Untuk pengetahuan, semua pendaki mesti sampai semula di Laban Rata selewat-lewatnya jam 10.00 pagi. Pendaki yang sampai di Laban Rata selepas jam 10.00 pagi akan dikenakan bayaran tambahan "lebih masa". Tambahan bayaran dikenakan sebanyak RM15.00 seorang perjam kepada guide rombongan yang berada di belakang. Selain itu, pendaki juga akan dikenakan bayaran tambahan sebanyak RM100.00 jika tidak daftar keluar dari bilik penginapan selepas jam 10.00 pagi. Paling parah, sarapan pagi juga telahpun habis. Oleh itu, teruskan saja pendakian dan jangan putus asa.

View sekitar 500 meter sebelum Low`s Peak

View sekitar 500 meter sebelum Low`s Peak

Kolam di sekitar 200 meter sebelum Low`s Peak

Lagi kolam di sekitar 200 meter sebelum Low`s Peak

View sekitar 200 meter sebelum Low`s Peak

7.20 pagi - Strategi ampuh berjaya membawa kami sampai betul-betul di "kaki" Low`s Peak. Berhenti rehat disini sambil merenung Low`s Peak 100 meter dihadapan sana. 4 ahli rombongan yang lain telahpun lama bergerak turun sebelum kami berempat tiba disini. Ahli rombongan yang setia menanti ketersampaian kami disini ialah Kika. Menanti kesampaian kami bukan apa, saja untuk bergambar.


Bergaya walaupun belum sampai ke puncak

Ratu yoga - Kika @ Scarlet Simon

Yakin akan sampai dipuncak sana

7.26 pagi - Meneruskan pendakian dibawah sinaran mentari pagi.

Sunrise

Sunrise

Sunrise

Sunrise

Sunrise

Sunrise

Sunrise

Sunrise

7.40 pagi kami akhirnya sampai juga di puncak ~ Low`s Peak. Walaupun menjadi pendaki yang terakhir sampai untuk pendakian pada hari ini, kami tetap berbangga dan puas kerana ramai pendaki yang tidak mampu sampai ke puncak. Mereka hanya mampu mendaki sehingga ke km 8 sahaja dan berpatah balik turun ke Timpohon Gate.

Low`s Peak

Masa yang dibenarkan untuk berada dipuncak Kinabalu adalah singkat, sekitar 10-15 minit sahaja. Oleh itu, kami mengambil gambar sebanyak yang mungkin sebelum disarankan turun oleh guide kami. Berada di puncak sekitar jam 8.00 pagi boleh dikatakan sudah terlalu lewat kerana kabus akan mula menutupi kawasan puncak sebentar lagi.

4 pendaki terakhir berjaya menawan Low`s Peak

View dari Low`s Peak

View dari Low`s Peak

View dari Low`s Peak

View dari Low`s Peak


Tapi, entahlah, tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan yang sebenarnya apabila berjaya sampai di puncak Kinabalu. Gembira ya, puas ya, bangga pun ya, dan sengsara pun ya juga. Tambahan pula apabila memikirkan perjalanan turun yang harus ditempuhi, lagilah parah jiwa raga. 7.50 pagi - Kami memulakan perjalanan turun dari Low`s Peak. Selamat tinggal Low`s Peak. Kami pasti akan merinduimu. Apa yang pasti kedengaran suara dibelakang sana mengatakan..."~inilah kali pertama dan terakhir, tidak mau naik lagi~"

Selamat tinggal Low`s Peak

Perjalanan turun

Perjalanan turun

Perjalanan turun dari Low's Peak

...kena berhati-hati agar tidak tergelincir dan jatuh.

Perjalanan turun - di atas awan

Perjalanan turun - macam rata

Perjalanan turun

...dua orang ahli rombongan paling belakang ditemani oleh guide.

8.20 pagi - Sampai di km 8. Rehat sebentar disini untuk menikmati udara nipis dan pemandangan sebelum meninggalkan kawasan puncak sepenuhnya.

KM 8

KM7.5 - KM8

Sepanjang laluan dari KM7.5 - KM8

...ada batu-batu disusun seperti piramid.

8.50 pagi - Tiba di check point Sayat-Sayat.

Check Point Sayat-Sayat

Kesan runtuhan

...disebabkan kejadian gempa bumi pada tahun 2015 masih jelas kelihatan.

Perjalanan ketika turun agak berkabus

Cuaca ketika ini boleh berubah-ubah setiap masa.

Perjalanan ketika turun agak berkabus

Anak tangga yang perlu dilalui pendaki

Pelantar kelihatan nun jauh di sana

Jika cuaca baik, viewnya sangat menarik. Antara lokasi yang menarik untuk bergambar.

Pasukan SAR

Pasukan penyelamat terlatih sentiasa bersedia apabila diperlukan. Tidak perlu risau jika tak larat meneruskan perjalanan, boleh minta mereka angkat dengan bayaran RM400/kilometer.

Lagi anak tangga

10.20 pagi - Tanpa disedari, kelihatan pintu pagar dibawah sana. Rupa-rupanya sudah sampai pun Laban Rata. Terlewat 20 minit maksudnya kami perlu membayar RM15.00 seorang kepada seorang guide kami yang berada di belakang. RM15.00 x 4 orang x 1 guide = RM60.00. Nasib baik kami dah pesan kepada ahli rombongan yang lain agar "check out" awal jika mereka sampai awal di Laban Rata tanpa perlu menunggu kami sampai. Akhirnya tiba di Laban Rata. Pintu pagar yang dinanti-nantikan oleh pendaki. Menunjukkan anda telah tiba semula di Laban Rata.

Pintu pagar

Laban Rata

Sedap?

Sarapan pagi yang disediakan sedap. Pendek kata, makanan yang disediakan sangat memuaskan. Para chef dan pekerja di sana juga friendly.

Pesan kepada semua pendaki

11.30 pagi - Selesai sarapan, angkat beg dan bergerak turun ke Timpohon Gate. Harus sampai di Timpohon Gate sebelum jam 4.00 petang. Jika terlepas jam 4.00 petang, bayaran lebih masa sekali lagi akan dikenakan iaitu RM15.00 sekepala perjam kepada guide yang berada di belakang. Makan tengah hari disediakan di visitor center. Selepas jam 3.00 petang biasanya makanan telahpun habis. So, kena cepat turun.

Mengabadikan memori

...sebelum memulakan perjalanan turun ke Timpohon Gate.

5.00 petang - Disebabkan stamina yang kurang cergas akibat kurang latihan sebelum mendaki, empat ahli rombongan tiba di Timpohon Gate selepas jam 4.00 petang. RM15.00 x 4 orang x 2 guide = RM120.00. Penamat yang menyedihkan. Uhhhhh....!

Timpohon Gate

Dari Timpohon Gate kami menaiki kenderaan (termasuk dalam pakej) untuk ke visitor center. Tiba di visitor center, ahli rombongan yang telah tiba lebih awal telahpun berangkat pulang ke rumah masing-masing. Rehat sebentar dan kami pun berangkat pulang.

Kepada anda rakyat Malaysia diluar sana yang belum pernah mendaki gunung Kinabalu, harap anda juga dapat rasa ayat ini "~inilah kali pertama dan terakhir, tidak mau naik lagi~".

~TAMAT~

Kembali ke Bahagian 1

No comments:

Post a Comment