Thursday, June 8, 2017

Sinurambi Tambunan - Switzerland of the East

Menara tinjau ataupun "sinurambi" dalam bahasa Dusun menjadi salah satu tarikan pelancongan yang terbaharu di daerah Tambunan. Menara tinjau ini terletak di kawasan Trig bukit di Kampung Dalungan di bawah pengawasan penuh Pejabat Daerah Tambunan.

Pada 6 Jun 2017, 3.00 petang - Saya, isteri dan anak ketiga (perempuan) telah berpeluang berkunjung ke menara tinjau tersebut dengan menggunakan kenderaan sendiri.

Bagaimana cara pergi ke sinurambi dan apa yang ada disana?

Jom kita mulakan menurut pengalaman kami sendiri...perjalanan ke sana kami mulakan di roundabout sompoton yang terletak di pekan Tambunan.

Bulatan Sompoton

...masuk kiri jika dari arah Ranau/ masuk kanan jika dari arah Keningau.

Memandangkan kami dari arah Ranau, kami sampai di bulatan sompoton pekan Tambunan dan masuk kiri. Terdapat banyak signboard berhampiran dengan bulatan tersebut. Salah satunya ialah signboard Hutan Simpanan TrusMadi (TrusMadi Forest Reserve). Kami ikut arah yang ditunjukkan signboard tersebut.

Signboard Hutan Simpanan TrusMadi

Jalan raya menuju sinurambi

Dari roundabout sompoton, jalan terus sehingga sampai di simpang tiga yang terdapat signboard Gereja Katolik St. Mary Magdalene dan Sister Putri Karmel & Brother CSE. Jangan masuk simpang tersebut tapi maju terus kedepan lagi. Tidak sampai 50 meter dari signboard Gereja Katolik St. Mary Magdalene, akan sampai di simpang tiga dengan signboard Hutan Simpanan TrusMadi sekali lagi. Masuk simpang tersebut (kanan) dan nampak signboard sinurambi Tambunan dengan jelas. Ikut arah yang ditunjukkan dalam signboard tersebut. Tiga gambar dibawah boleh membantu.

Signboard Gereja Katolik St. Mary

50 meter dari signboard Gereja Katolik St. Mary Magdalene ada simpang tiga dengan signboard Hutan Simpanan TrusMadi. Masuk simpang tersebut.

Simpang ke sinurambi

Penunjuk arah sinurambi Tambunan jelas kelihatan berdekatan dengan simpang tiga.

Jalan terus

Kami masuk simpang tersebut dan jalan terus. Untuk pengetahuan, jalan raya menuju sinurambi selepas simpang tiga tersebut agak mencabar...jalan mendaki yang agak curam dan banyak selekoh. Saya nasihatkan guna gear rendah dan pandu dengan cermat. Terus memandu dengan cermat dan kami sampai di simpang tiga yang mempunyai penanda arah ke Sinurambi Tambunan. Masuk simpang tersebut (kanan) dan bermulalah perjalanan di atas jalan raya tidak bertar. Jangan risau kerana keadaan jalan ok-ok saja.

Simpang 3 - masuk kanan (jalan grabel)

Teruskan perjalanan. Ikut saja signboard yang terdapat di sepanjang jalan terutamanya di persimpangan jalan. Jika jumpa persimpangan tapi tiada signboard sinurambi Tambunan jangan masuk simpang tersebut...jalan terus.


Grabel tapi dalam keadaan baik

Jalan terus sehinggalah sampai di kawasan seperti dalam gambar dibawah...

...ada salib

Selepas lebih kurang 200 meter melepasi salib.....dah sampai pun! Jam menunjukkan pukul 3.40 petang. Perjalanan sebenarnya mengambil masa 15-20 minit sahaja dari pekan Tambunan.

Sinurambi Tambunan

Parking kereta dan masuk kedalam kawasan sinurambi Tambunan. Setakat 6 Jun 2017, tiada bayaran masuk dikenakan.

Pintu masuk sinurambi

Tulis nama disini

...jangan pula tak tulis.

Ada gerai menjual makanan ringan

Bagaimana rupa bentuk sinurambi Tambunan? Ini dia....

Sinurambi Tambunan

Senibina berkonsepkan reka bentuk bakul pelbagai guna (wakid dalam bahasa Dusun) yang terbahagi kepada tiga platform. Setiap platform ada jumlah muatan maksimum (platform 1 @ 18pax, platform 2 @ 25pax dan platform 3 @ 30pax. Jom naik keatas...

Tangga ditengah-tengah sinurambi

Bahagian paling atas @ platform 3

Platform 3

wefie..

Berada di puncak sinurambi @ platform 3 agak sedikit bergoyang apabila angin bertiup tapi jangan risau selagi tidak melebihi had maksimum. Dari puncak sinurambi korang boleh nampak sehingga 80 peratus pemandangan sekitar lembah Tambunan...kunun la menurut diaorang..huhu.

Selain daripada boleh merasai udara yang nyaman dan bersih dengan tiupan angin segar dari arah banjaran Crooker, kita juga dapat melihat dengan jelas kemegahan gunung Kinabalu.

Nah...saya belanja korang 10 keping gambar lembah Tambunan yang saya ambil dari platform 3. Gambar sedikit kabur..haha!

Bahagian hadapan pintu masuk

Pembinaan bedekatan sinurambi

Lembah Tambunan bahagian pekan

Lembah Tambunan bahagian Nambayan


Lembah Tambunan bahagian Dabata

Lembah Tambunan bahagian Toboh-Kituntul

Zoom in...pekan Tambunan

Lembah Tambunan

Lembah Tambunan

Lembah Tambunan

Setelah mengambil beberapa keping gambar (121 keping ahh...punya banyak), kami pun bersiap untuk pulang. 

Sinurambi @ Menara Tinjau

Sebelum bergerak pulang...sempat "tangkap" sinurambi dari sudut yang lain tapi apa beza? Macam sama saja pun..hihi.

4.30 petang...jom kembali turun ke pekan Tambunan. Jalan raya turun ke pekan Tambunan sama saja dengan jalan raya semasa naik ke sinurambi. 

Kena lalu salib ni juga

Dalam perjalanan turun...sempat berhenti untuk mengambil gambar keadaan jalan ke sinurambi.

Seleko tajam

Beberapa minit kemudian kami pun sampai di bulatan Sompoton, pekan Tambunan dengan selamat.

Menghampiri bulatan sompoton

...pekan Tambunan.

Panduan bagi yang belum pernah pergi ke Sinurambi:-

Setakat artikel ini ditulis, tiada perkhidmatan pengangkutan awam khas ke sinurambi. Kemungkinan ada pemilik kenderaan yang sanggup menghantar ke sinurambi dengan bayaran dari pekan Tambunan. Guna kereta sendiri lebih baik. Tengah hari sehingga pukul 2.00 petang sangat panas. Elakkan ke sinurambi jika hujan. Pemandangan lembah Tambunan paling cantik sekitar bulan Okt-Dis kerana padi sawah sedang menguning.

~Jika berkunjung ke Tambunan...ingatlah Sinurambi~

No comments:

Post a Comment