Tuesday, July 18, 2017

Memburu dan Menikmati Sunset Terindah di Bukit Kokol, Menggatal

Bebrapa hari yang lepas, kami sekeluarga akhirnya berkesempatan juga pergi ke Bukit Kokol, Menggatal. Tujuan kami ke Bukit Kokol hanya satu, memburu sunset nan indah di waktu senja! Melalui pembacaan, dikatakan sunset di Bukit Kokol adalah yang tercantik dalam senarai ranking top 10 sunset di Sabah.

Destinasi pemburuan kami ialah Kokol Haven Resort. Nak pergi ke sini senang saja, cari saja Klinik Kesihatan Menggatal yang terletak di tepi jalan, masuk simpang klinik tersebut dan teruskan perjalanan straight sampai nampak Kokol Haven Resort. Tak perlu risau sesat sebab ada signboard di setiap persimpangan utama.

Perjalanan ke Kokol Haven Resort

Sebelum sampai di Kokol Haven Resort, tepatnya di kawasan perkampungan Kokol ada sebuah chapel dengan view yang cantik.

St. Joseph's Catholic Chapel

View yang menarik perhatian

...terasa seperti berada di Amerika Latin la pula.

Kawasan perkampungan

Kokol Haven Resort

Jarak perjalanan ke Kokol Haven Resort dari simpang Klinik Kesihatan Menggatal ialah 11km dan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Kena berhati-hati memandu sebab jalan rayanya banyak selekoh.

Nah!

...kalau anda ternampak ini di tepi jalan raya anda telahpun sampai di simpang masuk ke Kokol Haven Resort.

Kokol Haven Resort ~ bangunan utama

Kami tiba disini dalam keadaan cuaca yang kurang baik. Hujan renyai-renyai dan agak berkabus.

Bayaran masuk

Kerbau pun ada

Kolam

Jungle trail

Ada menara tinjau

Playground

Kolam ikan ~ cantik

Antara sudut yang menarik

Bahagian hadapan

...menghadap bandaraya Kota Kinabalu.

Wefie - jangan dilupakan

Ruang santai


Ruang santai ~ gayat

Ada bahagian sedang dalam pembinaan

Lagi sudut menarik

Sunset macam tak menjadi

Disebabkan hujan renyai-renyai kami tidak jadi duduk lama disini untuk menunggu sunset. Kalau hujan sudah pastilah sunsetnya kurang menjadi. So, kami buat keputusan untuk pulang dan datang kembali ke sini di lain hari jika cuaca baik.

Mr. Muscle Burger

Semasa perjalanan turun, kami ternampak sebuah gerai serba ringkas ditepi jalan raya dengan banner Mr. Muscle Burger. Kami tertarik dengan caption "hot & spicy Tuhau Burger". Jadi apa lagi...kami berhenti dan order 2 burger tuhau dan 3 burger biasa. Alang-alang sudah order buger disini, kami buat keputusan untuk duduk santai menikmati view KK. Lagipun hujan renyai-renyai kelihatan dah nak berhenti dan kemungkinan sunset akan muncul.

Menu utama

Senarai harga ~ sangat berpatutan

Ruang serba ringkas

Set karaoke ~ boleh melalak disini

Chicken+Egg+Cheese+Tuhau @ RM7.00

Sedap!

...harus dicuba sekurang-kurangnya dua kali seumur hidup.

Sunset View

Ada yang mengatakan bahawa disinilah view sunset yang paling perfect kalau nak tengok sunset di bukit Kokol! Inilah hasil buruan yang kami dapat ketika duduk santai di gerai Mr. Muscle Burger. Apapun jom layan sunset;

Sunset ~ Kokol Hill

Sunset ~ Kokol Hill

Sunset ~ Kokol Hill

Sunset ~ Kokol Hill

Sunset ~ Kokol Hill


Sunset ~ Kokol Hill

Sunset ~ Kokol Hill

Sunset ~ Kokol Hill

Sunset ~ Kokol Hill

Sunset ~ Kokol Hill

Sunset ~ Kokol Hill

Sunset ~ Kokol Hill

Sunset ~ Kokol Hill

Pemilik gerai mengatakan sunset pada petang ini tidak begitu menjadi disebabkan hujan renyai-renyai dan agak berkabus. Walaupun sunset tidak begitu menjadi, kami tetap berpuas hati dengan hasil buruan. Apa yang pasti kami akan kembali memburu sunset disini lagi.

~TAMAT~

Wednesday, July 12, 2017

Sabandar Leisure Rides - Bertemu dengan Mathilda, Seeba dan Teri di Cowboy Town

Baru-baru ini kami sekeluarga berkesempatan mengunjungi Cowboy Town ~ Sabandar Leisure Rides di Tuaran.

Di manakah Sabandar Leisure Rides? Masuk ke Jalan Sulaman sehingga jumpa roundabout kuda, lepas tu terus masuk kiri jika anda dari arah Sepanggar, kanan jika dari arah Tuaran. Ikut saja signboard Sabandar yang terdapat di tepi jalan, anda pasti akan sampai ke Sabandar Leisure Rides! Google Maps saja sekiranya anda masih ragu-ragu.

Roundabout kuda

Info

Merupakan salah satu tarikan di Sabah yang patut anda kunjungi. Tempat ini dibuka setiap hari. Apa yang menarik disini? Disini ada Mangrove Park, Cowboy Bar & Grill, Cowboy Lodge, Lotud Handycraft Center dan banyak lagi. Apapun yang paling best mengenai tempat ini ialah kawasannya yang cantik dengan bangunan ala cowboy town dan sudah tentulah boleh menunggang kuda.

Jom masuk! saya kongsikan sedikit gambar:

Kemudahan dan aktiviti di cowboy town

Selamat Datang!

Gambar diambil dari arah parking

Kaunter Tiket

Bayaran masuk

...akan diberi 1 tiket masuk & 1 kupon untuk tuntutan minuman ringan di Mangrove Park.

Bangunan Utama

Lengang sikit sebab datang pada hari berkerja dan tengah hari ~ panas.

Bangunan ala cowboy town


Cowboy Bar & Grill

Koleksi kereta antik

Koleksi Kereta

Kereta kuda

Kereta kuda

Kereta antik ~ Q. Elizabeth II

Kereta antik

Kuda

Kandang kuda

Ada nama kamu?

Mathilda ~ Seeba ~ Teri 😂😂

Shantung ~ sentiasa tenang

Seeba ~ agak pelik sikit perangainya

Nak rumput....!

Nak bagi makan kuda dengan rumput pun boleh. Rumput boleh dibeli didalam kawasan kandang kuda ni dengan harga RM2.00 seikat rumput. 

Taman Bakau


Mangrove Park

Mangrove Park

Lotud Handycraft Centre

Tebus kupon minuman disini

Mangrove Park ~ ruang santai

Mangrove Park

Restoran

Bamboo Restaurant

Litar kuda

Disini tempat menunggang kuda ~ 8.00am-11.00am dan 2.00pm-6.00pm dengan bayaran RM15.00 sekali tunggang.

Disurunya datang semula

...dah selesai.

Keseluruhannya, sangat menarik sebab inilah satu-satunya "Cowboy Town" yang ada di Sabah. Kalau mau merasai suasana yang meriah datanglah pada hujung minggu. 

Info lanjut mengenai Pekan Koboi Sabandar? Layari laman web rasmi Sabandar Cowboy Town.

~TAMAT~