Saturday, June 30, 2018

Episod 06: Perjalanan ke Seoul, Korea Selatan

28 Mei 2018 (02:00 petang) - berada dalam ruang udara Seoul, Korea Selatan selepas meninggalkan Osaka, Jepun lebih sejam yang lepas (Episod 05).

Syukur sepanjang penerbangan lancar, cuaca agak baik dan cerah.

Terbang ke Seoul

Penerbangan ke Seoul dari Osaka hanya memakan masa 2 jam. Sekitar 2.30 petang kami telahpun mendarat di Terminal 1, Incheon International Airport, Seoul.

Incheon International Airport

Kami bergegas keluar menuju ke kaunter imigresen dan kastam. Semua urusan berkaitan sangat mudah dan lancar. Untuk pengetahuan, rakyat Malaysia tidak memerlukan visa apabila memasuki Korea Selatan.

Incheon International Airport

Incheon International Airport ni agak moden dan besar saiznya. Kami tidak mau membuang masa yang lama disini kerana hari ini kami perlu pergi ke beberapa destinasi yang telah kami masukkan dalam itinerary sepanjang berada di Korea Selatan. Tapi sebelum tu kami kenalah pergi ke Seoul dahulu untuk check in penginapan dan simpan segala baggage.

Penginapan kami ni namanya K-Guesthouse Insadong 2 yang berada di kawasan Insadong-Myeongdong. Cara terbaik untuk ke penginapan adalah dengan menggunakan train. Jarak dari airport lebih kurang 55km dan anggaran masa perjalanan ialah 1 jam 30 minit.

Incheon International Airport

Tanpa membuang masa kami menaiki All Stop Train dari Incheon International Airport Terminal 1 Station ke Seoul Station. Train ini akan berhenti di kesemua 13 stesen train sepanjang laluan Airport Railroad Express. Tiba di Seoul Station, kami tukar train menuju ke Jonggak Station. Dari Jonggak Station kami hanya berjalan kaki sejauh lebih kurang 300 meter untuk ke K-Guesthouse. Sebagai pengetahuan, Seoul Station merupakan stesen train yang utama di Seoul. Semua laluan train yang ada di Seoul bertemu di stesen ini.

Laluan ke penginapan

K-Guesthouse Insadong 2 agak mudah untuk ditemui kerana terletak hanya selang dua blok bangunan dari pintu keluar Jonggak Station. Jumpa pintu masuk ke penginapan, kami terus saja naik lif ke tingkat 4. Penginapan ini terletak di tingkat 4.

Pintu masuk K-Gusethouse

Semasa mendaftar masuk, kami disambut sendiri oleh pemilik penginapan. Pemilik ni bukan alang-alang, sangat mesra dan suka buat lawak. Beliou akan memberikan penerangan berkaitan semua peraturan dan kemudahan yang disediakan di penginapan miliknya ini. Selesai semuanya tu barulah kami diberikan kunci bilik dan ditunjukkan lokasi bilik kami.

K-Gusethouse

K-Guesthouse ni agak sempit sedikit tapi bersih dan selamat. Saiz bilik kami juga agak kecil dengan katil jenis bertingkat. Bilik ni kami tempah melalui Booking.com. Apapun penginapan ni antara yang termurah di pusat bandaraya Seoul jika dibandingkan dengan penginapan yang setaraf dengannya.

K-Guesthouse

Kami rehatkan diri dalam bilik sebelum memulakan program yang telah dirancang. Hari ini sebenarnya kami akan ke:

Cheonggyecheon Stream
Banpo Bridge
Dongdaemun Food Street




Sekitar 5.40 petang, kami bergerak ke Cheonggyecheon Stream yang terletak selang 3 blok bangunan atau lebih kurang sejauh 200 meter berjalan kaki dari penginapan kami. Apa yang menarik dengan Cheonggyecheon Stream ni?

Baca ni; Cheonggyecheon is an 11 km long modern stream that runs through downtown Seoul. Created as part of an urban renewal project, Cheonggyecheon is a restoration of the stream that was once there before during the Joseon Dynasty (1392-1910). The stream was covered with an elevated highway after the Korean War (1950-1953), as part of the country's post-war economic development. Then in 2003, the elevated highway was removed to restore the stream to its present form today. The stream starts from Cheonggye Plaza, a popular cultural arts venue, and passes under a total of 22 bridges before flowing into the Hangang (River), with many attractions along its length. Sumber artikel disini.

Cheonggyecheon Stream

Cheonggyecheon Stream

Cheonggyecheon Stream

Selain daripada fungsi sungainya yang telah dipulihkan, sepanjang sungai ni merupakan lorong pejalan kaki dan menjadi lokasi riadah penduduk Seoul. Kami tidak meluangkan masa yang lama di Cheonggyecheon Stream ni. Cukup setakat mengambil gambar dan menyentuh aliran airnya yang kelihatan bersih dan sejuk.

Seterusnya dari sini kami bergerak ke Jonggak Station dan menaiki train ke Seoul Station. Tiba di Seoul Station, kami menukar train ke Seobinggo Station. Seobinggo Station merupakan stesen train yang terdekat dengan Banpo Bridge iaitu destinasi kami yang ke dua. Nak sampai ke Banpo Bridge dari stesen ni kena berjalan kaki sejauh 400 meter.

Kenapa kami ke sini dan apa istimewanya jambatan ni?

Banpo Bridge, the location of the Moonlight Rainbow Show, is a girder bridge that spans the Han River connecting the districts of Seocho and Yongsan. Construction on the double decker bridge was completed in 1982. The real reason people come here is to see the falling and dancing water, lights, and music of the Moonlight Rainbow Fountain show.

Both sides of the bridge are lined with pumps that pass almost 200 tons of river water though them each and every minute. The water is then illuminated by LED lights as it falls 20 meters (65 feet) back down to the Han River River below. The Banpo Bridge is the world’s longest bridge fountain.

If you can, try to view the show during the day and also at night. Both shows have a unique feel to them along with completely different views and lights. But if you only have one choice, the nighttime show is amazing and not to be missed.

During the day, the fountain is decorated by willow trees and leaves. The sun shines through the water creating millions of sparkles. At night, it comes to life with bright and vibrant rainbow colors.

You can get the best view of the Moonlight Rainbow Fountain from Banpo Hangang Park on the southern edge of the Han River.

The Moonlight Rainbow Fountain show only operates April to October. This is subject to change at anytime.

Sumber artikel ni saya ambil dari sini.

Banpo Bridge

Banpo Bridge

View sekitar Banpo Bridge

View sekitar Banpo Bridge

View sekitar Banpo Bridge

View sekitar Banpo Bridge

View Banpo Hangang Park dari Banpo Bridge

Emm...kami tak lama disini, Moonlight Rainbow Fountain show tu baru saja nak mula berkelipan. Tapi kami tak tunggu pun show tu. Kami ke sini sekadar untuk melihat Banpo Bridge dan ambil gambar sahaja.




Sekitar 7.40 malam kami kami beredar dari Banpo Bridge. Destinasi yang seterusnya ialah Dongdaemun Food Street. Cara ke Dongdaemun Food Street sama seperti laluan kami datang ke Banpo Bridge dari Jonggak Station. Bezanya kami tidak berhenti di Jonggak Station, kami berhenti di stesen yang seterusnya iaitu Gongno 5-ga Station. Dari Gongno 5-ga Station kami berjalan kaki lebih kurang 400 meter untuk sampai di Dongdaemun Food Street. Tujuan kami ke sini cuma satu iaitu makan malam. Makanan di kawasan ni memang tidak halal.

Steamboat Pork

Steamboat Pork + Montoku

Selesai makan kami kembali ke penginapan. Jam menunjukkan pukul 10.20 malam.

Kembali ke penginapan - K-Guesthouse

Malam ini kami kena rehat dan tidur secukupnya kerana esok pagi kami perlu pergi ke dua destinasi yang seterusnya. Kedua-dua destinasi tersebut perlukan tenaga yang banyak kerana kami perlu berjalan kaki lebih kurang 2-3km. Sebelah petang pula iaitu jam 7.00 malam kami akan menaiki flight ke Jeju Island. Jadi, kena tidur awal.

Bersambung...

Wednesday, June 27, 2018

Episod 05: Hari Terakhir di Osaka

28 Mei 2017 - Hari terakhir di Osaka, Jepun.

Seperti hari sebelumnya (Episod 04), rutin pagi sebelum keluar dari hotel ialah keluar ke balkoni dan naik atas bumbung hotel.

Pagi ini merupakan kali terakhir melakukan rutin ini kerana kami akan meninggalkan Osaka untuk ke Seoul, Korea Selatan.

Pou

Osaka - view dari bumbung Sunplaza Hotel

Osaka - view dari bumbung Sunplaza Hotel

Osaka - view dari bumbung Sunplaza Hotel

Osaka - view dari bumbung Sunplaza Hotel

Osaka - view dari bumbung Sunplaza Hotel

Osaka - view dari bumbung Sunplaza Hotel

8.00 AM - Check out dari Sunplaza Hotel dan terus ke Shin-Imamiya Station yang terletak bersebelahan pintu sahaja dengan Sunplaza Hotel. Dari station ini kami akan menaiki train laluan Nankai Main Line terus ke Kansai International Airport (KIX).




Shin-Imamiya Station

Dalam train menuju airport

Jarak Shin-Imamiya Station dengan KIX lebih kurang 45KM. Masa perjalanan menggunakan train memakan masa sekitar 40 minit.

Kami tiba KIX sekitar 9.30 pagi. Semua sistem pengangkutan ke airport akan berhenti di bangunan utama KIX. Untuk pengetahuan, kami menggunakan penerbangan tambang murah Jepun ke Seoul iaitu syarikat penerbangan Peach Aviation Limited. Peach Aviation beroperasi di Terminal 2, KIX.

Penunjuk arah terminal di bangunan utama

Terminal 2 terletak di bangunan yang berbeza dengan bangunan utama. Dari bangunan utama perlu menaiki bas transit ke Terminal 2, tambang percuma.

Terminal 2, KIX

Terminal 2, KIX

Sebagai peringatan, semua airport di Jepun mewajibkan penumpang check in di mesin untuk mendapatkan tiket penerbangan yang sah. Tiket yang diprint sendiri di rumah atau di mana-mana cybercafe tidak boleh digunakan untuk menaiki flight. Tiket yang diprint sendiri tu kegunaannya hanya untuk scan bar code di mesin tiket. Selepas scan bar code, kena scan pasport. Jika tiada masalah, tiket yang sah akan diprint keluar dari mesin.

Flight Information

Jika ada masalah ketika berurusan di mesin, anda boleh terus ke kaunter. Kami berurusan di kaunter kerana susunan nama tengah pada tiket penerbangan (ketika scan bar code) tidak sama dengan susunan nama pada pasport. Urusan sebenarnya sangat mudah. Staf di kaunter sangat membantu dan mesra.

Kaunter Peach Aviation

Selesai urusan tiket

Sekitar 10.30 pagi semua urusan berkaitan tiket, imigresen dan kastam selesai. Sementara menunggu penerbangan ke Seoul pada jam 12.35 tengah hari, kami makan dulu.

Sedap - tidak HALAL




Menghampiri jam 12.00 tengah hari, semua penumpang dipanggil masuk menaiki flight.

Peach Aviation

Peach Aviation - wefie dulu

Bersedia untuk terbang

Harga tiket flight kami dari Osaka ke Seoul untuk tiga orang ialah Yen 28,000.00 atau lebih kurang RM1005.00.

Meninggalkan Osaka

Sebagai penutup, Jepun ni sangat mesra pelancong dengan amalan sivik rakyatnya yang begitu tinggi. Tersenarai dalam sebilangan kecil negara terbersih di dunia. Negara kepulauan dengan status ekonomi negara maju. Kemudahan pengankutan sangat sistematik dan efisien. Penguasaan bahasa Inggeris tidak begitu baik tapi masih ok. Mereka sangat-sangat berusaha membantu anda jika perlukan bantuan. Kos hidup sangat tinggi. Kalau nak jimat kos makan minum, beli makanan di kedai runcit seperti Family Mart. Cuba gunakan perkhidmatan keretapi sepenuhnya untuk ke mana-mana lokasi di Jepun. Pelancong Malaysia tidak perlukan visa untuk memasuki Japan. Tapi masih wajib mengisi Visa on Arrival.

Melancong secara backpacker ke Jepun selama 4 hari 3 malam sangat mencabar dan meletihkan tapi sangat-sangat berbaloi dengan kos yang rendah. Perjalanan seperti ini sesuai untuk ahli rombongan kecil, tidak cerewet, sihat dan bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran sepanjang perjalanan. Berkeupayaan untuk menukar plan sedia ada pada saat akhir jika perlu; mesti ada plan B dan C.

Secara keseluruhannya kos kami di Japan adalah seperti berikut:

1. Penginapan: RM343.00
2. Makan & Minum: RM480.00
3. Pengangkutan: RM510.00
4. Lain-lain: RM347.00
Jumlah: RM1,680.00

Walaupun kami tidak berjaya melawat semua lokasi yang telah kami masukkan dalam itinerary, kami tetap berpuas hati kerana tiga malam di Jepun adalah sangat-sangat singkat.

Persoalannya ialah adakah kami berjaya menemui Maria Ozawa? TIDAK! Maria Ozawa sudah berhijrah ke Filipina sejak beberapa tahun yang lepas.


Bersambung di Seoul, Korea Selatan...

Monday, June 25, 2018

Episod 04: Senja di Kobe

Sekitar 12.30 tengah hari kami bertolak ke Kobe dengan menaiki train dari Osakako Station (Episod 3). Dari Osakako Station perlu tukar train di Kujo Station laluan Hansin Railways Mine Line menuju ke Kobe Station. Perjalanan dari Osakako Station ke Kobe Station hanya mengambil masa lebih kurang 25 minit.

Tiba di Kobe nanti kami akan ke beberapa lokasi seperti berikut;

Nunobiki Park (Nunobiki Falls)
Mosaic Big Ferris Wheel
Meriken Park
Kobe Port Tower
Kobe Earthquake Memorial Park

Destinasi pertama kami ialah Nunobiki Park (Nunobiki Falls) yang terletak berhampiran dengan Shin-Kobe Station. Untuk ke Nunobiki Park, kami bergerak dari Kobe Station ke Shin-Kobe Station menaiki subway ke Sannomiya-Hanadokeimae Station laluan Subway Kaigan Line terlebih dahulu. Dari Sannomiya-Hanadokeimae Station kami tukar subway ke Sannomiya Station laluan Subway Seishin-Yamate Line. Laluan subway dari station ini membawa kami terus ke Shin-Kobe Station. Shin-Kobe Station untuk subway terletak di bahagian bawah tanah dalam bangunan shopping mall (tak pasti apa nama bangunan) manakala Shin-Kobe Station untuk train pula terletak di luar bangunan shopping mall. Dari Shin-Kobe Station (Subway) ke Shin-Kobe Station (Train) perlu berjalan kaki sejauh lebih kurang 200 meter. Nunobiki Park terletak di kawasan perbukitan di belakang Shin-Kobe Station (Train) sahaja.

Kobe Station

Kami keluar dari bangunan shopping mall dan berjalan kaki menuju ke Shin-Kobe Station (train) yang terletak di belakang bangunan shopping mall.

Di luar Shin-Kobe Station (Subway)

Shin-Kobe Station (Train)

Kawasan perbukitan di belakang bangunan Shin-Kobe Station (train) dalam gambar di atas merupakan kawasan Nunobiki Park. Pintu masuk utama ke Nunobiki Park terletak di bahagian bawah bangunan Shin-Kobe Station (train) seperti gambar di bawah. 

Pintu masuk utama ke Nunobiki Park

Tapak perkelahan di bawah Shin Kobe Station (train)

Nunobiki Falls dalam Nunobiki Park ini mempunyai empat set air terjun iaitu Medaki, Ontaki, Tsutsumigadaki dan Meotodaki. Kami hanya ke Medaki dan Ontaki sahaja. Ontaki adalah air terjun yang paling terkenal disini.

Laluan mendaki ke air terjun

Air terjun pertama dari Shin-Kobe Station (train) ialah Medaki. Jarak perjalanan cuma lebih kurang 400 meter. Laluan agak mendatar dan santai.

Nunobiki Park - Medaki

Nunobiki Park - Medaki




Selepas Medaki kami ke air terjun yang kedua iaitu Ontaki. Laluan ke Ontaki lebih mencabar. Perlu mendaki anak tangga yang panjang dan curam di lereng bukit. Laluan ini menyusuri sungai Nunobiki dengan beberapa kawasan laluannya agak sempit.

Sungai Nunobiki

Ontaki taklah besar dan tinggi sangat tapi mungkin bentuknya yang agak unik.

Nunobiki Park - Ontaki

Nunobiki Park - Ontaki

Nunobiki Park - Ontaki

Sekitar 3.00 petang kami keluar dari Nunobiki park ke Shin Kobe Station (train) untuk mengisi perut.

Ringkas tapi sedap

Selepas makan kami ke Kobe Harborland. Dari Shin-Kobe Station (train) kami mengikut laluan yang sama ketika datang ke sini dari Kobe Station. Bezanya kami berhenti di Harborland Station kerana stesen ini lebih dekat dengan destinasi kedua kami iaitu Mosaic Big Ferris Wheel. 

Promena-Kobe

Tugu Elvis Presley

Mosaic Theme Park

Mosaic Big Ferris Wheel

Former Kobe Port Signal Station

MOSAIC

Kobe Great Bridge

Kobe Bay




Oriental Hotel

Selepas melepak menikmati view di sekitar Mosaic Big Ferris Wheel, kami ke destinasi yang seterusnya iaitu Meriken Park, Kobe Port Tower dan Kobe Earthquake Memorial Park. Ketiga-tiga lokasi ini terletak berdekatan dengan Mosaic Big Ferris Wheel sahaja.

Kobe Bay

Kobe Bay

Kobe Bay Cruise

Bukti kami di sini - Kobe Bay Cruise

Kobe Bay Cruise

Kobe Port Tower

Kobe Bay Cruise

MOSAIC

Sekitar Minato Park

Kobe ni pernah dilanda bencana alam yang teruk iaitu gempa bumi berskala 6.9 Richter pada tahun 1995. 

The earthquake in Kobe on January, 17, 1995 left 6,425 dead, injured 25,000, displaced 300,000 people, damaged or destroyed 100,000 buildings and caused at least $132 billion worth of damage, or about 2.5 percent of Japan's national income, making it one of the most expensive natural disasters in history. Only about $3 billion was covered by insurance.More than 35,000 people were pulled from collapsed buildings by neighbors or rescue workers. Japanese refer to the disaster as the Great Hansin Earthquake. [Source: T.R. Reid, National Geographic, July 1995] Sumber: Kobe Earthquake




Walaupun kesan kerosakan dan kerugian akibat gempa bumi begitu besar, Jepun amat pantas melakukan baik pulih. Mereka meninggalkan beberapa bahagian kecil kesan kerosakkan gempa bumi sebagai peringatan.

Port of Kobe Earthquake Memorial Park

Meriken Park

Sunset - Kobe Port Tower

Sunset - Hotel Okura

Sunset - Former Kobe Port Signal Station

Agak lama kami melepak disini menanti terbenamnya matahari. Kawasan ini dipenuhi orang ramai pada sebelah petang.

Sunset - Mosaic Big Ferris Wheel

Sekitar 7.00 malam kami kembali ke Osaka. Sebelum ke hotel kami singgah membeli makanan malam di Family Mart. Dalam Family Mart ni, selain menjual barangan runcit ada juga dijual makanan siap masak. Makanan siap masak disini lebih murah dan menjimatkan berbanding makan di restoran. Hebatnya dalam kedai ini ada dijual buku+CD untuk golongan dewasa (18SX). Aku beli senaskah! haha..

Untuk bapa-bapa sama mama-mama saja

Esok kami akan meninggalkan Osaka dan terbang ke Seoul, Korea Selatan pula. Sebelum tidur, baring-baring sambil baca buku sebagai ubat mengantuk.

Good night...

Bersambung ke episod yang seterusnya...