Tuesday, July 3, 2018

Episod 08: Terbang dari Seoul ke Pulau Jeju

Berlepas dari Gimpo International Airport dengan penerbangan Jeju Air dalam keadaan cuaca yang kurang baik. Hujan renyai-renyai dan agak berkabus. Apabila pesawat dibenarkan berlepas, kenalah yakin semuanya okey sahaja.

Meninggalkan Seoul

Memandangkan terlalu penat berjalan kaki dari lokasi C hingga ke F sebentar tadi (Episod 07), kami mengambil peluang tidur sepanjang penerbangan ke pulau Jeju.

Sekitar 8.20PM kami pun mendarat di Jeju International Airport dengan selamat.

Bersiap untuk mendarat

Ke bangunan utama Jeju International Airport

Jeju International Airport

Selesai segala urusan berkaitan airport, kami bergegas ke lokasi AJ Rentacar Jeju Branch (AJ) kerana ia beroperasi sehingga jam 10.00 malam sahaja. Lokasi AJ ni kurang 1 KM sahaja dari Airport. Walaupun jaraknya dekat, tapi yang dekat akan menjadi sangat jauh pada waktu malam.

Pick-up instructions: Please go to Rent a Car parking lot which is outside of arrival hall, you can find a shuttle bus for AJ Rent a Car in Area 3 Number 13.

Berpandukan panduan yang disediakan oleh AJ dalam Rental Voucher, kami terus sahaja ke Area 3, Number 13 dan kelihatan bas shuttle sedang menunggu pelanggan AJ.

Lokasi AJ

Bermula dari airport sehingga ke AJ, semua urusan adalah lancar dan mengikut perancangan.

Kepada anda yang bercadang menyewa dan memandu kereta di Jeju, dokumen utama yang anda perlu sediakan selain pasport ialah Permit Memandu Antarabangsa (IDP).

Permit Memandu Antarabangsa

Permit ini boleh dipohon di mana-mana pejabat utama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Urusannya senang sahaja;

1. Pergi ke pejabat JPJ terdekat bahagian perlesenan
2. Bawa sekeping gambar saiz pasport, fotokopi ic dan lesen (pastikan validity lesen lebih setahun)
3. Isi borang
4. Ambil nombor giliran
5. Bayar RM150.00 untuk permit ini
6. Urusan selesai; bergantung kepada berapa ramai orang dalam barisan.

Sekejap je urusan ni...IDP ni akan luput selepas setahun dari tarikh permit ini dikeluarkan.




Sebelum kereta sewa ini boleh dipandu keluar, kondisi kereta akan diperiksa oleh staf AJ. Semua calar-calar pada badan kereta akan direkodkan. Pekerja AJ juga menerangkan syarat-syarat dan perjanjian yang perlu kami patuhi. Melainkan anda boleh berbahasa dan membaca tulisan Korea, perkara yang paling penting ketika ini ialah setting GPS dari bahasa/tulisan Korea perlu di set kepada tulisan rumi dengan bahasa Inggeris.

Kia Morning @ USD34.20

Selesai segala urusan kereta. Kami memandu keluar dari AJ menuju ke penginapan di Jeju R Hotel & Guesthouse. Ini kali pertama saya memandu kereta steering sebelah kiri. Agak kekok dan kucar kacir kerana gerakan kepala, tangan dan kaki belum dapat berfungsi bersama dengan baik untuk pemanduan steering sebelah kiri.

Jarak Jeju R Hotel & Guesthouse dari AJ tidak sampai 2 KM pemanduan. Lokasinya sangat mudah untuk dicapai berpandukan GPS. Masalah cuma satu, ruang parking sangat terhad. Saya parking betul-betul di hadapan pintu masuk penginapan ni.

Jeju R Hotel & Guesthouse

Kami menginap di hotel ini untuk dua malam dengan bayaran KRW70,000 atau RM257.00 yang ditempah melalui booking.com. Agak mahal tapi beginilah purata harga penginapan di pulau Jeju. Tetap berpuas hati dengan kelengkapan yang ada;

Double Room with Bathroom
Meal plan: Breakfast is included in the final price
Shower • Telephone • Air conditioning • Hairdryer • Refrigerator • Desk • Free toiletries • Toilet
• Bathroom • Heating • Cable channels • Flat-screen TV • Soundproof • View • Wake-up service
• Mosquito net • Towels • Clothes rack • Toilet paper

10.00PM - Sediakan persiapan untuk perjalanan esok pagi dan tidur.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment