Thursday, July 5, 2018

Episod 09: Part 1 Jeju - Seongsan Ilchulbong

30 Mei 2018 - Hari ke-2 di Jeju.

Ada yang mengatakan bahawa, anda belum sampai ke Korea Selatan jika tidak pergi ke Pulau Jeju. 

Adakah kenyataan ini benar? YA!

Kerana itulah kami berada di Jeju selama 3 hari 2 malam. Sebenarnya kami hanya mempunyai 1 hari penuh di Jeju sebab kami tiba di sini pada jam 8.20 malam 29 Mei (Episod 08) dan kembali ke Seoul pada 31 Mei jam 7.40 pagi.

Sedikit info ringkas mengenai Pulau Jeju;

Jejudo (also known as Jeju Island) is a volcanic island. With a surface area of 1,846 sqkm it is the largest island 130 km off the coast of the Korean Peninsula, and the main island of Jeju Province of South Korea. The island lies in the Korea Strait, southwest of South Jeolla Province. The island contains the natural World Heritage Site Jeju Volcanic Island and Lava Tubes. A central feature of Jeju is Hallasan, the tallest mountain in South Korea and a dormant volcano, which rises 1,950 m above sea level. 360 satellite volcanoes are around the main volcano.

The island was created entirely from volcanic eruptions approximately 2 million years ago, during the time period extending from the Tertiary to the beginning of the Quaternary period, and consists chiefly of basalt and lava. The eruptions took place in the Cenozoic era. It has a humid subtropical climate, warmer than that of the rest of Korea, with four distinct weather seasons. Winters are cool and dry while summers are hot, humid, and sometimes rainy. Sumber disini.

Oleh itu, kami akan cuba pergi ke beberapa lokasi menarik yang telah kami masukkan dalam senarai yang perlu dikunjungi;

Youngdum Rock
Seongsan Ilchulbong
Seopjikoji
Yeongsil, Mt Hallasan Park
Cheonjeyeon-Cheonjiyon Falls
Oedolgae Rock
Jeju Love Land
Misterious Road

Destinasi pertama kami ialah Youngdum Rock.

Tapi sebelum gerak, sarapan dulu.

8.00 AM - Selesai sarapan, kami bersiap memulakan perjalanan ke Youngdum Rock. Jarak dari penginapan lebih kurang 2 KM sahaja.

Masukkan nombor telefon mana-mana permis paling hampir dengan Youngdum Rock ke dalam GPS. Kami gunakan nombor telefon +82 64-728-3918. GPS akan membawa anda ke lokasi nombor telefon yang anda masukkan. Mulakan pemanduan dan pandulah mengikut arahan GPS.

Semalam memandu dari AJ ke penginapan tidak begitu sukar kerana memandu pada waktu malam dan jalan raya dalam keadaan lengang. Barang diingat, ketika ini adalah waktu puncak. Walaupun menggunakan GPS, adalah sangat mencabar memandu kereta steering kiri dengan gear manual. Mata pula memberikan perhatian lebih ke arah kanan berbanding kiri. Sepatutnya perhatian tertumpu lebih ke arah kiri berbanding kanan. Akibatnya, saya memandu agak perlahan, sukar menukar lorong dan membuat u-turn, terlepas masuk simpang beberapa kali dan kenderaan di belakang berulang kali membunyikan horn.

Geram dengan situasi begitu, kami berhenti parking di tepi jalan. Ambil masa tenangkan perasaan dan rancang semula perjalanan. Keputusannya, batalkan niat ke Youngdum Rock. 

Setting kembali GPS, masuk gear 1 dan memandu pergi ke Seongsan Ilchulbong!

Menjadi destinasi pertama

Jalan raya menuju Seongsan Ilchulbong sangat baik dan lancar. Pemanduan juga semakin serasi dengan kelajuan maksimum dibenarkan 90KM/J.

Menuju Seongsan Ilchulbong

Beberapa kilometer sebelum sampai ke Seongsan Ilchulbong, dari jauh kami ternampak barisan kereta berhenti parking di tepi jalan. Apabila kami menghampiri barisan kereta tersebut, rupanya kawasan itu ialah kebun bunga. Mereka berhenti untuk bergambar.

Kebun bunga

Kami turut berhenti untuk mengambil gambar. Pemilik kebun kenakan bayaran masuk, kalau tak silap dalam KRW1,000. 

Kebun bunga

Kebun bunga

Kebun bunga

Kebun bunga

Kebun bunga

Kebun bunga

Kebun bunga

Kebun bunga

Wefie

Kami meluangkan masa sekitar 20 minit di kebun bunga ni. Kami sambung perjalanan ke Seongsan Ilchulbong yang terletak beberapa kilometer lagi di hadapan.

Seongsan Ilchulbong

Lebih kurang 5 minit kemudian kami tiba di Seongsan Ilchulbong. Laluan masuk ke Seongsan Ilchulbong tidak begitu baik walaupun bertar tapi ada kerosakan di beberapa bahagian.

Seongsan Ilchulbong

Saya memandu masuk kedalam dan meletakkan kereta di kawasan parking yang dikhaskan kepada pengunjung.

Seongsan Ilchulbong merupakan UNESCO Site yang sangat terkenal dan menjadi tumpuan utama pelancong di Pulau Jeju. Dipercayai bahawa Seongsan Ilchulbong ni terbentuk daripada aktiviti gunung berapi ribuan tahun yang lepas. Saya copy and paste info ringkas berkaitan Seongsan Ilchulbong dari Imagine Your KOREA sebagai perkongsian;

Seongsan Ilchulbong Peak rose from under the sea in a volcanic eruption over 100,000 years ago. Located on the eastern end of Jejudo Island, there is a huge crater at the top of Seongsan Ilchulbong Peak. The crater is about 600m in diameter and 90m high. With the 99 sharp rocks surrounding the crater, it looks like a gigantic crown. While the southeast and north sides are cliffs, the northwest side is a verdant grassy hill that is connected to the Seongsan Village. The ridge provides an ideal spot for walks and for horse riding as well.




The sunrise from the crater is magnificent. Also the Seongsan Ilchulbong Peak surrounded by bright yellow colored canola flowers in the spring is truly a sight to behold. 

Pemandangan disini sangat cantik, unik dan menakjubkan. Suhu sejuk dengan udaranya yang segar tanpa pencemaran.

Seongsan Ilchulbong

Seongsan Ilchulbong

Jam menunjukkan pukul 10.45AM, lewat 1 jam berbanding masa yang sepatutnya. 

Untuk pengetahuan, Seongsan Ilchulbong dibuka kepada pengunjung setiap hari bermula jam 7.10AM-7.00PM (Summer) dan 7.10AM-6.00PM (Winter). Ticket booth opens 15-20 minutes before admission time.

Seongsan Ilchulbong

Admission Fees;
Individuals - Adults 2,000 won / Teenagers 1,000 won / Children 1,000 won. Groups - Adults 1,600 won / Teenagers 800 won / Children 800 won.
* Groups: 10 people or more
* Adults (ages 25-64), Teenagers (ages 13-24), Children (ages 7-12)

Kaunter tiket - Seongsan Ilchulbong

Sebelum memulakan pendakian, pelancong akan diperiksa terlebih dahulu di pondok pemeriksaan. Semua jenis makanan dan minuman ringan adalah dilarang dibawa masuk. Laluan pendakian sehingga ke puncak dilengkapi dengan kamera CCTV.

Pondok pemeriksaan - Seongsan Ilchulbong

Pendakian bermula selepas melepasi pondok pemeriksaan. Bagi mereka yang sihat dan kuat bolehlah mendaki sehingga ke puncak. Rugi datang dari jauh jika tidak mendaki hingga ke puncak.

11.05AM - Jom mulakan pendakian!

Seongsan Ilchulbong

Laluan pendakian dibina dengan cukup baik. Paling penting kasut anda tidak akan kotor kerana semua laluan pendakian dan turun berlantaikan konkrit dan kayu.

Wefie @ Seongsan Ilchulbong

Seongsan Ilchulbong

Ascending trail - Seongsan Ilchulbong

View pekan Seongsan Ilchulbong

View sekitar Seongsan Ilchulbong

Laluan bertangga @ Seongsan Ilchulbong

Menghampiri puncak Seongsan Ilchulbong

11.40AM - Tiba di puncak Seongsan Ilchulbong!

Seongsan Ilchulbong Peak

Kami hanya mengambil masa 35 minit mendaki dari pondok pemeriksaan hingga ke puncak dengan beberapa kali berhenti rehat.

Menariknya di puncak ialah pelantar yang dibina bertingkat dengan tempat duduk seperti dalam stadium dan menghadap bentuk muka bumi seperti kawah di bahagian hadapan. Pemandanga dari puncak juga sangat cantik.

Seongsan Ilchulbong Peak




Seongsan Ilchulbong Peak

Seongsan Ilchulbong Peak

Seongsan Ilchulbong Peak

Seongsan Ilchulbong Peak

Kawah di puncak Seongsan Ilchulbong

Kawah di puncak Seongsan Ilchulbong




Kawah di puncak Seongsan Ilchulbong

View dari puncak Seongsan Ilchulbong

View dari puncak Seongsan Ilchulbong

Bukti sampai di Seongsan Ilchulbong Peak

12.10 tengah hari - kami bergerak turun dari puncak.

Descending trail @ Seongsan Ilchulbong

Tangga turun @ Seongsan Ilchulbong

12.25 tengah hari - kami tiba di bawah.

Seongsan Ilchulbong

Masa turun hanya 15 minit sahaja. Kami meluangkan sedikit masa melihat pemandangan di sekitar kawasan Seongsan Ilchulbong.

Seongsan Ilchulbong

Seongsan Ilchulbong

Jika cukup masa bolehlah mengikut trail ke beberapa pelantar yang ada di sepanjang tebing laut.

Seongsan Ilchulbong

Seongsan Ilchulbong

Seongsan Ilchulbong




Memandangkan kami tidak mempunyai masa yang panjang di Jeju, kami bergegas keluar untuk ke destinasi yang seterusnya. Tapi sebelum tu, wajib bergambar di tugu/arca pengiktirafan yang diberikan dunia kepada Seongsan Ilchulbong.

Seongsan Ilchulbong

Selepas membeli makanan dan minuman ringan di kedai runcit berhampiran tempat parking kereta, kami bergerak ke destinasi yang seterusnya iaitu Seopjikoji.

Kedai runcit

Jika anda bercadang ke Seongsan Ilchulbong dengan menggunakan kereta sewa pandu sendiri dan bergantung kepada GPS sebagai penunjuk arah, anda perlu masukkan nombor telefon mana-mana permis berhampiran dengan tapak UNESCO ini ke dalam GPS. Kami gunakan nombor telefon +82-64-710-7923 dan sampai tepat pada lokasinya.

Seongsan Ilchulbong wajib dimasukkan dalam itinerary anda apabila melancong ke Pulau Jeju.

12.40 tengah hari - Jom ke Seopjikoji!


No comments:

Post a Comment