Thursday, July 26, 2018

The Stone Garden, Tambunan

Rasanya masih ramai yang belum mengenali tempat ni ~ The Stone Garden di Jr & Les Riverside Cottage, Tambunan, Sabah.

The Stone Garden

Berminat? Cara ke sini sangat mudah. Jadikan bulatan Sompoton di pekan Tambunan sebagai penanda arah. Jika anda dari arah Keningau, apabila sampai di bulatan Sompoton, masuk simpang kanan. Dari arah Ranau pula, masuk kiri.

Bulatan Sompoton

Selepas masuk simpang tu, gerak terus dalam 100 meter anda akan jumpa jambatan. Sebelum jambatan ada simpang di sebelah kiri dan kanan jalan. Simpang sebelah kanan ada penanda arah "Jalan Tabilung Baru", masuk simpang tersebut.

Simpang masuk Tabilung Baru

Jalan terus dalam 300 meter anda akan sampai di Jr & Les Riverside Cottage. Sangat mudah kan?

Jr & Les Riverside Cottage

Jadi apa lagi? Parkinglah kereta di ruang parking yang disediakan di luar Cottage ni. Mau bayar kah kalau masuk? Ok, di cottage ni selain stone garden, ada kolam mandi saiz sederhana dengan kedalaman lebih kurang 2 hingga 6 kaki dalam. Nak ke kolam mandi kena bayar; dewasa RM5.00 / kanak-kanak RM3.00 sejam. Kalau setakat duduk lepak bergambar di kawasan stone garden tu rasanya percuma.

Masuk disini - kaunter ada di dalam

Kolam mandi tu terletak di dalam kawasan berpagar manakala stone garden pula di luar kawasan terbuka. Kalau nak mandi di kolam mandi, anda kena daftar masuk & bayar di kaunter.

Ruang kaunter

Jom ke kolam mandi...

Kolam mandi

Kolam mandi

Kolam mandi

Kolam mandi


Kolam mandi

Kolam mandi

Ok tak? Kasi ok saja bah walaupun nampak macam biasa-biasa saja. Selain tu, disini ada;

Cottage
Dua buah kolam ikan
Sawah padi
Kawasan Stone Garden
Sungai Pegalan
Tapak Perkhemahan
Sudut Selfie & Wefie
Pondok
Boleh order makan & minum
Set Karaoke

Layan gambar di lokasi...

Kolam ikan

Kolam ikan

The Stone Garden

The Stone Garden

The Stone Garden

The Stone Garden

Batu-batu tu bukan secara semulajadi tersusun begitu tapi ianya disusun secara kreatif oleh tangan -  tangan manusia.

The Stone Garden

Sungai Pegalan

Sungai Pegalan

Sungai Pegalan

Ada pondok tempat bersantai

Bagaimana pendapat anda?

Bagi saya secara peribadi, tempat ni berbaloi untuk dikunjungi. Walau bagaimanapun masih ada ruang penambahbaikan/ naik taraf perlu dilakukan; seperti pondok di tepi kolam mandi yang mula nak usang. Selain tu, lakukan sesuatu untuk halang daun-daun rumput dan sisa ranting kayu daripada memasuki kolam mandi. Yang lain tu ok, lagipun inilah satu-satunya kawasan rekreasi/ riadah seumpamanya yang ada di daerah Tambunan.

Welcome to Jr & Les Riverside Cottage

Bah...kalau sudah sampai di Tambunan tu, singgah-singgah la disini walaupun hanya sekadar untuk berselfie.

~TAMAT~

No comments:

Post a Comment